Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 4, 2022
Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan impian setiap pelajar di sekolah. Impian tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pelajar tidak mengetahui cara-cara belajar yang efektif. Tempoh pembelajaran bersama guru di sekolah pada setiap hari merupakan suatu perjalanan yang cukup singkat. Namun, sebagai pelajar yang cemerlang, sudah tentu pelbagai kaedah pembelajaran secara alternatif telah dirancang untuk meningkatkan kecemerlangan dan penguasaan dalam mata pelajaran yang dipelajari. Persoalannya, bagaimanakah cara belajar yang efektif untuk meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran? Apakah pula hasil pembelajaran kendiri yang diamalkan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang? Oleh itu, kepelbagaian cara belajar yang betul untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang akan dihuraikan dengan lebih terperinci.
Cara belajar yang pertama untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ialah pelajar boleh membuat rujukan di perpustakaan. Hal ini bertujuan untuk pelajar mengetahui fakta tambahan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diterangkan oleh guru. Sebagai contoh, para pelajar boleh membuat rujukan di perpustakaan kerana terdapat pelbagai bahan rujukan tambahan serta buku-buku yang terkini mudah diperoleh di perpustakaan. Di samping itu, rakan-rakan yang lain turut mencari maklumat berkaitan dengan isi pelajaran dan kemudian dikongsi secara bersama. Hal ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan juga mewujudkan budaya perkongsian ilmu. Senario ini boleh dikaitkan dengan peribahasa, muafakat membawa berkat. Justeru, membuat rujukan di perpustakaan membantu pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Selain itu, cara belajar yang seterusnya ialah pelajar boleh membuat ulang kaji dan nota selepas waktu persekolahan di rumah. Hal ini penting supaya pelajar dapat mengingat kembali dan membuat ringkasan tentang isi pelajaran yang telah dihuraikan oleh guru. Tamsilnya, pelajar menjawab soalan latih tubi berkaitan dengan topik tertentu yang diajarkan oleh guru. Tambahan lagi, ringkasan isi pelajaran diterjemahkan dalam bentuk nota yang kreatif seperti peta minda, peta i-think ataupun gambar rajah. Kesannya, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan selangkah ke hadapan berbanding dengan rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Usaha tanpa jemu ini boleh disamakan dengan bak kata peribahasa, usaha tangga kejayaan. Maka, hasilnya ialah pelajar dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Cara terakhir untuk memperoleh keputusan cemerlang adalah belajar secara berkumpulan. Hal ini bertujuan untuk mengingat kembali fakta yang diajar oleh guru secara bimbingan oleh rakan-rakan yang lebih mahir dan menguasai mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, pelajar boleh mewujudkan suatu kumpulan belajar yang terdiri daripada tiga hingga empat orang. Setiap ahli kumpulan mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran tertentu dan boleh berbincang untuk menghuraikan kemusykilan yang ada. Hal ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pembelajaran dan membantu rakan untuk memahami isi pelajaran. Senario ini boleh digambarkan dengan peribahasa bagai aur dengan tebing kerana pelajar saling membantu antara satu sama lain. Oleh itu, tahap kebergantungan kepada guru dapat dikurangkan kerana rakan-rakan juga mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi bersama.
Intihannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa cara-cara belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merangkumi kaedah membuat rujukan di perpustakaan, ulang kaji dan membuat nota serta belajar secara berkumpulan. Namun, para pelajar haruslah konsisten dan berdisiplin dalam mengamalkan cara belajar yang betul supaya tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Justeru, besarlah harapan sekiranya rakan-rakan yang lain mempunyai impian untuk berjaya dapat mengamalkan kaedah dan strategi yang telah diperjelaskan.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.