Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Julai 26, 2022
Akhir-akhir ini, semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan murid. Kegagalan ibu bapa memainkan peranan dalam mendedahkan anak-anak kepada semangat ini menyebabkan masalah ini menjadi semakin serius. Pihak sekolah yang kurang memainkan peranan seperti mengadakan program-program bersifat patriotik turut menyumbang kepada masalah ini. Sementelahan pula, pengaruh budaya hedonisme juga menyebabkan generasi muda lebih mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial masing-masing terhadap negara. Sehubungan dengan itu, fenomena ini tidak boleh dibiarkan berterusan dan perlu dicegah sebelum kudis menjadi tokak kerana akan memberi impak buruk kepada masa hadapan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid?
Ibu bapa merupakan tonggak dalam kehidupan anak-anak dan mempunyai pengaruh yang amat besar. Dalam hal ini, ibu bapa wajar menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sifat patriotik kepada mereka sejak kecil lagi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Misalnya, ibu bapa boleh mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan dan membawa anak-anak untuk menyertai sambutan kemerdekaan. Hal ini dikatakan demikian kerana tingkah laku yang kecil akan memberikan impak besar kepada perlakuan anak-anak. Dalam bidang sukan pula, ibu bapa perlu mempamerkan semangat cinta akan negara dengan menyerlahkan sokongan kepada pasukan negara dalam acara-acara sukan peringkat antarabangsa. Dengan perkara yang dilihat remeh ini, penerapan semangat patriotik dalam diri anak-anak dapat dilakukan secara halus. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak boleh bercakap buruk tentang pemimpin negara di hadapan anak. Hal ini supaya anak akan sentiasa hormat kepada pemimpin. Oleh itu, peranan ibu bapa sememangnya sangat penting untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Selain itu, pihak sekolah merupakan rumah kedua pelajar yang menuntut sebahagian besar masa mereka untuk berada di situ. Alma mater memainkan tanggungjawab penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program bersifat patriotik seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan Minggu Sejarah. Aktiviti-aktiviti ini yang melibatkan semua pelajar dapat mendedahkan mereka kepada peristiwa bersejarah negara. Pada waktu perhimpunan, murid dididik untuk menghormati lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan menyanyikannya dengan penuh semangat. Penerapan nilai cinta akan negara turut dapat dilakukan melalui subjek seperti Sivik dan Kewarganegaraan, Moral serta Sejarah. Hal ini penting agar pelajar didedahkan kepada sejarah kemerdekaan negara dan pengorbanan tokoh pelbagai kaum supaya mereka lebih menghargai watan tercinta. Menerusi pendidikan di sekolah pula, jiwa pelajar akan ditanam dengan semangat patriotik yang tinggi sekali gus melahirkan kesanggupan untuk berkorban demi nusa dan bangsa. Pihak sekolah juga perlu mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang menunjukkan kecenderungan menjadi antipatriotik. Dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, semangat patriotik sememangnya dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Pihak kerajaan merupakan tonggak yang menjamin kemajuan pembangunan dan perkembangan negara. Sesungguhnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen patriotisme secara berterusan dan meluas untuk disertai oleh murid. Kempen-kempen ini tidak boleh diadakan secara bermusim seperti pada bulan kemerdekaan sahaja dan mesti dalam bentuk menarik, kreatif serta sesuai dengan kehendak generasi muda. Program sambutan kemerdekaan juga perlu diadakan secara besar-besaran oleh pihak kerajaan. Penyertaan generasi muda haruslah digalakkan untuk menyertai sambutan ini dan bukan setakat pelajar sekolah yang terpilih sahaja. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang juga perlu diperluas sepanjang tahun agar semangat patriotisme terpahat dalam diri murid. Sekiranya terdapat warganegara yang menunjukkan sikap tidak patriotik, tindakan tegas harus diambil agar perbuatan ini tidak dicontohi oleh orang lain terutamanya murid yang masih tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata lagi. Justifikasinya, pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotisme murid.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa agensi swasta boleh memainkan peranan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana agensi swasta dapat mengatasi masalah kewangan pihak sekolah yang menyukarkan perancangan aktiviti patriotik. Agensi ini boleh menyokong program-program sekolah dan menjalin kerjasama yang erat dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Sebagai tamsil, semasa bulan kemerdekaan, pihak swasta boleh mendermakan bendera dan menaja hadiah agar aktiviti-aktiviti patriotik berjalan dengan lancar. Implikasinya, lebih ramai pelajar tertarik untuk menyertai program patriotik yang dijalankan dan sekali gus nilai patriotisme dapat dipupuk dalam diri mereka. Tambahan lagi, agensi swasta boleh menaja pelajar melawat tempat-tempat bersejarah di negara kita. Secara tidak langsung, semangat patriotisme akan tersemai dalam diri murid kerana mempunyai pengalaman secara langsung dalam proses pembelajaran sejarah negara. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak swasta memainkan peranan dalam meningkat semangat patriotisme murid.
Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai cara meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid. Semangat ini penting untuk melahirkan warganegara yang mampu menyumbang bakti kepada bangsa, masyarakat dan negara. Sekiranya semangat ini tidak dipupuk, murid akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang melanda generasi myda kini. Untuk mengelakkan murid daripada kehilangan jati diri masing-masing, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotisme terpahat dalam diri setiap murid supaya aspirasi negara dapat dicapai.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM 2020 (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.