Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Mei 14, 2022
Obesiti merujuk kepada seseorang yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 30. Dalam konteks perbincangan ini, masalah obesiti lebih difokuskan dalam kalangan remaja. Akhir-akhir ini, kebanyakan remaja di negara kita mempunyai berat badan berlebihan berbanding kesesuaian ketinggian mereka. Golongan ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi obes dan seterusnya menghidapi penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan strok. Menurut statistik yang sahih lagi tepat daripada Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sebanyak 20% pesakit jantung terdiri daripada golongan yang berumur 40 tahun dan ke bawah. Kebanyakan kes kematian akibat penyakit sakit jantung berpunca daripada masalah obesiti yang tidak dikawal sejak kecil lagi. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa sesal dahulu pendaoatan, sesal kemudian tidak berguna. Persoalannya, apakah punca kegemukan dalam kalangan remaja? Bagaimanakah pula cara untuk mengatasinya? Oleh itu, terdapat pelbagai faktor obesiti dalam kalangan remaja.
Faktor utama obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada zaman ini gemar menikmati makanan segera dalam kehidupan seharian mereka. Makanan yang berlemak dan kurang kandungan khasiatnya ini tetap menjadi pilihan remaja kerana rasa yang enak serta mudah untuk dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang berpatutan. Hal ini dapat dikaitkan dengan kesibukan ibu bapa dalam perkerjaan mereka sehingga tidak mempunyai masa untuk memasak atau membeli bekalan makanan untuk anak-anak. Buktinya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaysia, sebanyak 70% remaja yang ibu bapa mereka bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Kesannya, remaja tidak mempunyai kandungan nutrien yang seimbang untuk pembesaran sihat. Senario ini seiring dengan peribahasa anak di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui kerana sesetengah ibu bapa lebih mementingkan urusan pekerjaan berbanding dengan hal-hal berkaitan dengan anak mereka. Tegasnya, amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan punca utama remaja mengalami masalah obesiti.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Selain itu, faktor lain ialah gaya hidup remaja yang kurang bersenam. Hal ini disebabkan oleh remaja yang leka dengan hiburan daripada media elektronik seperti televisyen, telefon pintar dan komputer sehingga enggan bersosial dengan masyarakat luar. Golongan ini malas untuk bersenam dan memilih untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Tamsilnya, bilangan remaja yang cenderung untuk melepak dan merayau-rayau di pusat membeli-belah pada masa lapang adalah lebih ramai daripada remaja yang bersenam di taman. Golongan ini tidak dapat membakar lemak yang berlebihan melalui aktiviti riadah dan akan mengalami masalah kegemukan. Remaja yang enggan bersenam walaupun dinasihati oleh pelbagai pihak boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga kerana tidak menghargai nasihat yang diberi. Justifikasinya, izharlah bahawa gaya hidup remaja yang kurang bersenam merupakan faktor obesiti dalam kalangan remaja.
Di samping itu, masalah stres juga merupakan faktor obesiti dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja menghadapi pelbagai tekanan daripada ibu bapa mahupun pihak sekolah. Mereka menganggap dengan makan makanan secara berlebihan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan menenangkan pemikiran. Misalnya, remaja yang mempunyai stres akan makan secara berlebihan sehingga mencapai kepuasan dan hilang seketika tekanan yang dihadapi. Rentetan itu, lemak yang berlebihan akan dikumpulkan dalam badan mereka sekiranya tidak melakukan aktiviti sukan untuk membakar lemak tersebut. Hal ini menyebabkan golongan remaja yang makan sehingga terlalu kenyang macam ular kekenyangan hanya akan menjejaskan kesihatan diri mereka. Jelaslah bahawa faktor obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh masalah stres.

Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak faktor obesiti dalam kegemukan remaja. Ibu bapaperlu menggalakkan anak-anak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Usaha untuk mengatasi masalah ini harus dilakukan secara berterusan dan bukan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Komitmen daripada semua pihak untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan remaja dapat merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah negara yang gemilang.
Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.