Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 7, 2022
Program pertukaran pelajar merujuk kepada program pertukaran pelajar yang terpilih ke luar negara untuk belajar dan menerima pelajar dari luar negara untuk belajar di sekolah kita sepanjang satu tempoh masa tertentu. Antara program pertukaran pelajar yang pernah dilaksanakan ialah Program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESYS) yang melibatkan negara Malaysia dan negara Jepun. Program ini bukan sahaja terkenal di universiti tetapi juga di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak 1306 orang pelajar telah menyertai program pertukaran pelajar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala jumlah pertukaran pelajar dari UPM ke luar negara adalah sebanyak 1221 orang. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa program pertukaran pelajar merupakan trend terkini dalam proses pembelajaran pada zaman modenisasi ini. Persoalannya, apakah manfaat program pertukaran pelajar antara negara? Bagaimanakah pula cara untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan dalam kalangan pelajar Malaysia? Oleh itu, terdapat pelbagai kebaikan program pertukaran pelajar antara negara.
Manfaat utama program pertukaran pelajar antara negara adalah menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar Malaysia boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemahuan dalam bidang sains dan teknologi negara-negara atas angin yang lain. Mereka akan membuka minda masing-masing dalam segi pemikiran untuk mempelajari cara memajukan Malaysia seperti negara-negara barat. Tamsilnya, pelajar diperkenalkan dengan teknologi seperti robot pelayan di Jepun, kereta tanpa pemandu di Amerika Syarikat dan juga teknologi realiti maya di Korea. Hal ini secara tidak langsung, pelajar akan terpegun dengan kemajuan teknologi dalam negara-negara yang dilawati dan seterusnya mengkaji cara untuk mewujudkan produk yang lebih kreatif dan inovatif di Malaysia. Sikap salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali dapat dipupuk dalam diri pelajar untuk membaiki kesilapan diri bagi memajukan negara. Pelajar dari luar negara juga boleh memberi komen dan cadangan untuk meningkatkan mutu produk keluaran tempatan. Justifikasinya, izharlah bahawa pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui program ini.

Selain itu, program pertukaran pelajar membolehkan pelajar mengenali budaya negara lain. Hal ini disebabkan setiap negara mempunyai budaya unik dan tersendiri yang patut dipelajari oleh masyarakat negara lain. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum boleh hidup secara aman kerana mengamalkan semangat bertolak ansur antara satu sama lain. Amalan ini menjadi contoh kepada pelajar dari negara asing untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama, pelajar Malaysia boleh mempelajari budaya negara lain seperti membongkok badan sebagai tanda hormat di negara Jepun, budaya membaca di Jepun dan budaya membantu orang lain secara rela di negara barat. Dengan itu, pelajar yang terlibat dalam program ini dapat berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan. Tambahan lagi, mereka tidak akan mengalami kejutan budaya apabila melawat ke negara asing pada masa hadapan. Pelajar tidak akan menjadi seperti rusa masuk kampung apabila berada di negara lain. Natijahnya, pelajar dapat mengenali budaya negara lain dengan menyertai program ini.
Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami.
Di samping itu, pelajar boleh mempelajari bahasa asing melalui program pertukaran pelajar antara negara. Hal ini membuka minda segelintir rakyat Malaysia dengan mempelajari bahasa asing seperti bahasa Jepun kerana merupakan bahasa penjajah. Pelajar turut dapat mengkaji keunikan kesusasteraan sesuatu bahasa seperti bahasa Cina melalui pertukaran pelajar dengan negara China. Seiring dengan itu, pelajar dari negara asing boleh belajar bahasa Melayu dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Melalui cara ini, segala urusan perniagaan dan peribadi akan menjadi lebih mudah kerana kedua-dua pihak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan sesebuah pihak. Senario ini persis dengan peribahasa di mana kemahuan, di situ ada jalan kerana pelajar sanggup mempelajari bahasa lain agar mencapai persefahaman dengan warga negara asing. Oleh itu, jelaslah bahawa program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bahasa kebangsaan negara lain.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar yang menyertai program pertukaran pelajar boleh mempelajari sejarah kewujudan negara lain. Hal ini demikian kerana pelajar akan menghadiri kelas bersama masyarakat tempatan di negara asing. Misalnya, pelajar yang melawat Malaysia dapat belajar tentang zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan Johor. Mereka akan mendapat iktibar daripada peristiwa-peristiwa penting untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama, pelajar Malaysia yang melawat ke negara Rusia boleh mempelajari tentang pemerintahan Raja Tsar. Mereka boleh mengkaji tentang cara pemerintahan yang terbaik untuk memajukan negara. George Santayana pernah mengatakan bahawa mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya. Tegasnya, jelaslah bahawa pelajar boleh mempelajari Sejarah negara lain dengan menyertai program ini.

Seterusnya, program pertukaran pelajar antara negara memberi peluang kepada pelajar untuk mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang terlibat. Hal ini disebabkan kesanggupan sesebuah negara menghantar pelajar ke negara lain membuktikan bahawa kedua-dua pihak mengiktiraf kualiti sistem pendidikan antara satu sama lain. pelajar yang terlibat dalam program ini dianggap sebagai duta kecil kerana mewakili negara masing- masing. Sebagai tamsil, pertukaran pelajar antara negara Malaysia dengan negara China berjaya mewujudkan pelbagai peluang dari segi ekonomi. Dengan itu, kedua-dua buah negara akan lebih maju dengan adanya usaha sama dalam pelbagai aspek. Semangat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni antara rakyat negara yang berbeza harus dipupuk agar negara boleh terus maju. Natijahnya, jelaslah bahawa program ini dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.
Intihannya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa program pertukaran pelajar antara negara terdapat banyak manfaatnya. Pihak sekolah dan ibu bapa haruslah menggalakkan para pelajar untuk menyertai program ini agar faedahnya dapat dinikmati oleh mereka. Program ini sangat penting agar negara kita boleh berdiri sama tegak, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah dituntut bagi menjayakan program pertukaran pelajar dalam kalangan pelajar Malaysia demi melahirkan negara maju menjelang tahun 2050.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.