Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 3, 2022
Dalam meniti arus kemodenan ini, bidang bioteknologi semakin terkenal di negara kita sektor ini semakin maju dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Bioteknologi merujuk kepada kegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma, sistem biologi atau proses biologi dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan. Antara produk bioteknologi yang dihasilkan di negara kita termasuklah antibiotik, vaksin, keju dan sebagainya. Seiring dengan itu, peluang-peluang pekerjaan dalam bidang bioteknologi semakin meningkat di Malaysia. Senario ini dapat dikaitkan dengan peribahasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana perkembangan yang pesat dalam sektor bioteknologi meningkatkan jumlah peluang pekerjaan yang sedia ada. Persoalannya, apakah peluang pekerjaan dalam sektor bioteknologi? Bagaimanakah pula cara untuk memajukan sektor bioteknologi di negara kita? Oleh itu, terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang bioteknologi.
Peluang pekerjaan utama dalam sektor bioteknologi adalah dalam bidang pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana bioteknologi merupakan salah satu bidang khusus daripada subjek Sains dan Matematik secara asasnya, tetapi penekanan diutamakan kepada mata pelajaran Biologi. Sebagai contoh, pensyarah-pensyarah yang mengajar bioteknologi amat diperlukan di universiti tempatan mahupun luar negara. Khidmat daripada pakar bioteknologi sangat penting untuk mendidik anak-anak bangsa secara lanjut tentang subjek ini agar mendapat lulusan peringkat ijazah, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Senario ini persis dengan pepatah Melayu, guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain kerana sektor bioteknologi memerlukan pengorbanan guru bagi mengajar subjek tersebut kepada generasi yang akan datang agar bidang ini boleh terus maju. Natijahnya, jelaslah bahawa guru yang merupakan lubuk akal lautan ilmu dalam bidang pendidikan merupakan salah satu pekerjaan sektor bioteknologi.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Selain itu, peluang pekerjaan dalam sektor bioteknologi ialah bidang perusahaan. Hal ini disebabkan oleh bidang bioteknologi melibatkan pengubahan fungsi sesuatu sel hidup supaya dapat berfungsi secara terkawal dan kesan penggunaannya dapat diramalkan dengan tepat. Tamsilnya, pengusaha dan pekerja kilang Yakult menggunakan ilmu pengetahuan bioteknologi untuk memanfaatkan bakteria sebagai salah satu bahan berkhasiat dalam minuman yang dihasilkan. Hal ini mengakibatkan banyak individu diperlukan untuk memantau perusahaan sesuatu produk bioteknologi agar kualitinya terjamin. Senario ini boleh dikaitkan dengan peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang kerana banyak usaha haruslah dijalankan oleh pakar bioteknologi untuk memajukan perusahaan mereka. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan merupakan antara peluang pekerjaan dalam bidang bioteknologi.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sektor bioteknologi menyumbang kepada peluang pekerjaan dalam kegiatan pertanian. Saya berpendapat demikian kerana perkembangan bioteknologi boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman. Misalnya, petani boleh mengaplikasikan ilmu bioteknologi untuk mengawal serangga perosak dan mengubah tanaman secara genetik agar mutunya dapat ditingkatkan. Rentetan itu, banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan membolehkan ahli masyarakat menceburi bidang pertanian sebagai pemilik dan pasukan pengurusan. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan peribahasa, serampang dua mata kerana penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian bukan sahaja dapat menambahkan peluang pekerjaan tetapi juga mampu meningkatkan hasil keluaran. Tegasnya peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dapat diwujudkan hasil daripada kemajuan bidang bioteknologi.

Di samping itu, sektor bioteknologi juga menawarkan pekerjaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Hal ini demikian kerana aspek biodiversiti di negara kita dan unsur lain seperti mikroorganisma dapat dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan. Sebagai tamsil, pekerja seperti saintis dan penyelidik klinikal memainkan peranan yang penting untuk mengkaji sumber alam di sekeliling kita agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini memerlukan banyak orang pakar bioteknologi untuk menyelidik cara mengubah proses penghasilan produk ke arah dimensi yang lebih moden. Senario ini sama dengan peribahasa esa hilang, dua terbilang kerana usaha yang berterusan harus dijalankan oleh setiap individu untuk membangunkan bidang bioteknologi Justifikasi, izharlah bahawa bidang penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu peluang pekerjaan dalam sektor bioteknologi.
Intihannya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa sektor bioteknologi menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masa hadapan negara mungkin bergantung kepada kejayaan dalam bidang bioteknologi. Komitmen yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara melalui bidang yang semakin penting ini dapat kita saksikan bersama. Oleh itu, peluang untuk melibatkan diri dalam pekerjaan sektor bioteknologi dan menikmati faedahnya haruslah dihargai dan bukan dibazirkan begitu sahaja.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.