Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Mei 11, 2022
Pengangguran merujuk kepada keadaan seseorang yang tidak bekerja. Merujuk pendapat sendiri, pengangguran melibatkan golongan yang berpendidikan dan mempunyai kelayakan dalam bidang akademik. Namun begitu, pada masa kebelakangan ini kadar pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini semakin meningkat. Hal ini terbukti kerana media massa sering memaparkan keluhan golongan graduan yang masih gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Statistik yang sahih lagi tepat pada tahun 2015 menunjukkan bahawa sebanyak 3.8 peratus graduan menganggur di Malaysia, iaitu meningkat sebanyak 0.2 berbanding dengan tahun 2014. Golongan graduan yang tidak dapat bekerja di tanah air sendiri boleh dikatakan seperti itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan. Sesungguhnya, sikap suka memilih pekerjaan menjadi punca pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini.
Punca utama pengangguran graduan adalah sikap memilih pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan. Hal ini demikian kerana, mereka memerlukan gaji yang cukup untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. Kebanyakan graduan gemar berbelanja secara boros untuk hiburan sendiri, membeli barangan berjenama, kerata mewah dan rumah yang besar. Sebagai contoh, mereka mementingkan pangkat yang tinggi seperti pengurus dan penyelia sedangkan mereka baru memulakan kerja ke sesebuah syarikat. Golongan graduan rela tinggal di rumah tanpa membuat apa-apa daripada bekerja keras untuk menerima gaji yang tidak seberapa. Sikap memandang rendah terhadap pekerjaan bergaji rendah menyebabkan mereka menolak tawaran yang diberi dan berharap untuk mendapat pekerjaan bergaji lumayan seperti yang dikendang berciciran, yang dikejar tidak dapat. Tegasnya, sikap memilih pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan telah menyebabkan golongan graduan duduk merempat.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Selain itu, punca penggangguran graduan adalah sikap suka memilih pekerjaan yang mengikut masa yang dikehendaki. Saya berpendapat demikian kerana, ramai graduan tidak suka bekerja pada masa yang ditetapkan. Terdapat sesetengah graduan yang gemar bekerja mengikut perasaan sendiri dan kehendak diri tanpa mengira masa manakala terdapat sesetengah graduan yang bekerja sambil belajar. Sebagai contoh, pekerjaan seperti juruwang, pelayan atau jurujual di restoran dan pusat membeli-belah kebanyakkan menawarkan gaji sebanyak RM5 untuk satu jam. Gaji untuk pekerjaan ini adalah berdasarkan jumlah jam seseorang bekerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peluang pekerjaan sebegini tidak begitu menawarkan gaji lumayan kerana pulangannya yang sangat terhad. Golongan graduan sepatutnya mengamalkan sikap tidak berputus asa seperti di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Justifikasinya, izharlah bahawa punca pengangguran graduan di negara ini adalah disebabkan sikap suka memilih pekerjaan mengikut keselesaan.
Sikap suka memilih pekerjaan mengikut kelayakan akademik merupakan antara punca pengangguran dalam kalangan graduan. Hal ini berlaku apabila graduan mempunyai kelayakan akademik yang menawarkan peluang pekerjaan terhad. Mereka tidak dapat memilih pekerjaan kehendak mereka yang setaraf dengan kelayakan masing-masing. Tamsilnya, ramai graduan meminati jawatan dalam bidang pengurusan sesebuah syarikat. Kesannya, peluang untuk menjawat jawatan tersebut adalah sangat nipis. Sebenarnya, graduan haruslah mengamalkan semangat tiada halangan hanyalah peluang dalam mencari pekerjaan. Oleh itu, jelaslah bahawa sikap suka memilih pekerjaan mengikut kelayakan akademik merupakan salah satu factor pengangguran graduan di negara kita.

Di samping itu, punca pengangguran graduan adalah sikap suka memilih pekerjaan yang dekat dengan kawasan kediaman. Hal ini disebabkan kerana, graduan malas berulang-alik ke tempat yang jauh untuk bekerja. Sebagai tamsil, graduan yang tidak memiliki kenderaan dan tinggal di kawasan jauh daripada stesen pengangkutan awam akan menghadapi masalah untuk pergi ke tempat kerja. Rentetan itu, mereka akan berputus asa dan menolak tawaran pekerjaan yang diberi. Mereka tidak sanggup berkorban dan berusaha untuk mencapai kejayaan kerana tidak memahami bahawa usaha tangga kejayaan. Natijahnya, jarak antara tempat kediaman dengan tempat kerja telah menjadi alasan graduan tidak bekerja.
Seterusnya, sikap suka memilih pekerjaan mengikut keselesaan merupakan punca pengangguran graduan di negara kita. Hal ini kerana, graduan sudah biasa dangan keseronakan dan kemewahan yang dinikmati semasa mereka belajar. Sebagai contoh, golongan graduan suka memilih tempat kerja yang berhawa dingin, lengkap dengan bilik istirahat untuk pekerja dan menyediakan ruang yang selesa untuk bekerja serta kemudahan pantri yang serba lengkap. Pekerjaan yang menawarkan tempat kerja selesa adalah terhad menyebabkan graduan tidak mempunyai pekerjaan. Tegasnya, sikap suka memilih pekerjaan mengikut keselesaan merupakan punca pengangguran graduan.
Intihanya, sikap suka memilih pekerjaan menjadi punca pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini. Semua pihak haruslah mengambil tindakan yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Dengan itu, barulah negara boleh terus maju kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM 2020 (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.