Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 6, 2022
Ponteng sekolah merujuk kepada tindakan pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara sengaja untuk pergi ke tempat yang lain. Pelajar yang sering ponteng sekolah biasanya sudah tahu destinasi yang ingin dituju seperti kafe siber, restoran makanan segera, pusat membeli-belah dan tempat menonton wayang. Pada masa ini, gejala ponteng sekolah semakin membimbangkan dan hal ini jika tidak dicegah akan menjadi seperti kudis menjadi tokak. Kebiasaannya, kumpulan pelajar yang sering terlibat dalam gejala ponteng sekolah terdiri daripada golongan yang berumur 13 hingga 17 tahun. Buktinya, berdasarkan laporan daripada Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berlaku peningkatan sebanyak lapan peratus menjadi 214 kes ponteng sekolah pada tahun 2015 berbanding dengan tahun sebelumnya. Hakikatnya, gejala ponteng sekolah yang semakin membimbangkan ini disebabkan oleh faktor-faktor yang akan dibincangkan secara lebih terperinci.
Sebab utama pelajar ponteng sekolah sukar diatasi kerana terpengaruh dengan rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana tempoh masa belajar bersama dengan rakan mereka adalah lebih lama berbanding bersama dengan ibu bapa di rumah. Selain itu, masa remaja di rumah juga digunakan untuk berkomunikasi secara atas talian bersama rakan. Contohnya, tempoh belajar di sekolah yang agak panjang selama lapan jam telah menyebabkan pengaruh rakan sebaya lebih besar berbanding dengan ahli keluarga. Hal ini boleh mendorong atau mempengaruhi pelajar untuk melakukan perkara yang baik atau sebaliknya. Perkara ini sama dengan peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. Oleh itu, remaja perlu bijak untuk memilih kawan agar pengaruh rakan sebaya yang negatif tidak mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Selain itu, sebab lain pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka tidak berminat untuk belajar. Saya berpendapat demikian kerana pelajar datang ke sekolah semata-mata untuk memenuhi kehendak ibu bapa dalam memilih mata pelajaran, pengajaran guru yang tidak memberi impak yang positif kepada pelajar juga tahap kesukaran yang tinggi mata pelajaran terutamanya aliran Sains. Tamsilnya, ibu bapa sering memaksa anak-anak untuk mengikuti aliran Sains kerana memenuhi kehendak mereka dan ingin menunjukkan rasa bangga kepada rakan-rakan yang lain. Tambahan lagi, cara guru mengajar yang konvensional tidak mampu mendorong pelajar untuk menguasai mata pelajaran yang diajar. Tahap kesukaran terutamanya aliran Sains tulen boleh menyebabkan pelajar yang sederhana tahap pemikirannya akan sentiasa ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya lebih mahir. Senario ini persis dengan peribahasa, yakni untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Justifikasinya, izharlah bahawa minat pelajar untuk mempelajari ilmu perlu diubah sekiranya tidak ingin ketinggalan.
Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Faktor bekerja atau membantu ibu bapa di rumah juga menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah. Hal ini berlaku kerana remaja terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa. Selain itu, para pelajar juga terpaksa menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah kesihatan ataupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Sebagai contoh, masalah seperti hutang, ibu bapa yang muflis dan bilangan tanggungan yang ramai menyebabkan remaja bekerja untuk mencari pendapatan sampingan. Terdapat juga remaja yang terpaksa menjaga ibu bapa di rumah kerana penyakit kronik seperti sakit jantung, masalah buah pinggang dan juga kecacatan akibat kemalangan. Pengorbanan anak-anak ini terpaksa dilakukan supaya tidak menjadi anak yang derhaka seperti kacang lupakan kulitnya. Natijahnya, anak-anak terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga atau membantu ibu bapa di rumah.
Faktor terakhir yang menyebabkan gejala ponteng sekolah ini berlaku kerana suasana sekolah yang membosankan. Hal ini boleh diperkatakan bahawa suasana sekolah yang tidak ceria, tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan juga infrastruktur yang serba kekurangan untuk digunakan oleh para pelajar. Misalnya, ketiadaan mural yang memberi rangsangan untuk terus belajar, bangunan sekolah yang tidak dicat dengan warna yang lebih ceria dan tiada taman-taman mini yang mampu merangsang pelajar untuk belajar. Sehubungan dengan itu, keadaan tandas yang kotor dan sering tersumbat serta penjualan makanan yang mahal di kantin turut menyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah bagi mencari keseronokan di luar. Suasana sekolah yang tidak memuaskan ini seolah-olah seperti indah khabar dari rupa kerana tidak menggambarkan suasana yang diinginkan oleh pelajar. Oleh itu, pihak sekolah haruslah melakukan penambahbaikan untuk kembali menceriakan kawasan sekolah.

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, pelajar yang tidak berminat untuk belajar, remaja yang bekerja atau membantu ibu bapa di rumah dan suasana sekolah yang membosankan. Semua pihak termasuklah ibu bapa, pihak sekolah dan pihak kerajaan perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk mengambil tindakan yang drastik bagi mencegah gejala ponteng sekolah. Dengan berbuat demikian, barulah gejala ponteng sekolah dapat diatasi dengan segera kerana remaja merupakan tonggak masa hadapan negara, iaitu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.