Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 5, 2019
Gejala rasuah merujuk kepada perbuatan menyogok seseorang dengan wang atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara tidak amanah. Namun demikian, gejala rasuah di negara kita masih tidak dapat diatasi hingga ke akar umbinya. Berita yang sahih lagi tepat melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua orang pegawai kanan kerajaan di Sabah pada 5 Oktober 2016 dan 19.3kg emas daripada pegawai tersebut dua hari kemudian. Hal ini menunjukkan bahawa gejala rasuah masih menjadi amalan dalam kalangan segelintir penjawat awam walaupun gejala ini menyalahi undang-undang. Sehubungan itu, pelbagai langkah harus dilakukan untuk membendung masalah ini dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Persoalannya apakah cara-cara untuk membendung gejala rasuah di negara kita? Apakah kesan gejala rasuah kepada pembangunan negara? Oleh itu, terdapat pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah di Malaysia.
Langkah utama untuk membendung gejala rasuah di Malaysia adalah melalui peranan pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan tugas kerana anggota SPRM merupakan sebuah badan bebas yang dilantik. Tamsilnya, anggota SPRM perlu turun padang dan bertindak menyamar seperti rakyat biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes rasuah. Dengan berbuat demikian golongan yang terlibat dalam gejala rasuah boleh ditangkap dan dihukum berdasarkan undang-undang. Tindakan yang lebih agresif ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu, siasatan terhadap golongan pekerja tanpa mengira kedudukan atau pangkat oleh SPRM sangat penting untuk membendung gejala rasuah di negara kita.
Selain itu, langkah seterusnya ialah kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan yang terlibat dalam gejala rasuah. Hal ini supaya golongan tersebut diberi pengajaran dan dapat menimbulkan rasa gerun terhadap orang lain yang hendak melakukan rasuah. Misalnya, pihak kerajaan harus mengenakan denda sepuluh kali ganda jumlah wang yang diterima atau diberi dan hukuman penjara selama 10 tahun dan ke atas. Hal ini menyebabkan orang ramai berfikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak dikenakan hukuman undang-undang. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah harus mengetahui bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Natijahnya, berdasarkan pelaksanaan undang-undang seharusnya memberi kesedaran melalui media sosial supaya dapat mendidik masyarakat tentang bahaya amalan rasuah.

Kongsikan karangan anda dengan kami melalui Laman Web Ini dan anda berpeluang untuk melihat karangan anda terpapar di laman web kami. Tekan suka pada Laman Web Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang karangan yang dimuat naik.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan masyarakat tidak ketinggalan dalam membantu kerajaan membendung gejala rasuah. Guru bertanggungjawab mengajar murid tentang keburukan gejala rasuah manakala ibu bapa berperanan mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk menghindarkan diri daripada gejala rasuah. Sebagai contoh, ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dan memberi didikan agama kepada mereka agar tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. Dengan berbuat demikian, sikap benci rasuah boleh disemai dalam diri golongan belia sejak mereka umur setahun jagung, darah setampuk pinang lagi. Tegasnya, masyarakat berperanan mempengaruhi minda generasi muda sejak kecil lagi agar sedar bahawa gejala rasuah merupakan sesuatu yang negatif.
Intihannya, terdapat pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah di negara kita. Gejala ini bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara tetapi juga imej negara. Semua pihak harus bersatu padu bagai aur dengan tebing untuk mewujudkan sesuatu negara yang bebas daripada gejala rasuah. Dengan berbuat demikian, negara Malaysia boleh terus maju dan sejahtera.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
本网站使用营销和跟踪技术。取消使用将使您停用网站运行所必需的 Cookie 之外的所有 Cookie。请注意,如果没有跟踪 Cookie,我们的一些产品可能无法正常工作。
停用 CookiePenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.