Contoh Karangan A+ SPM DAN PT3
Jun 1, 2022
Pelaburan merujuk kepada penanaman modal dalam sesuatu usaha seperti pengeluaran barang, perniagaan, pembangunan syarikat dan sebagainya dengan harapan mendapat keuntungan yang berlipat ganda pada masa hadapan. Antara tujuan pelaburan adalah untuk menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan dividen serta menambahkan nilai keuntungan modal. Prestasi pelaburan di Malaysia adalah stabil berbanding dengan negara-negara lain. Statistik yang sahih lagi tepat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menunjukkan bahawa Malaysia telah merekodkan peningkatan pelaburan diluluskan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan pada suku pertama tahun 2015 membabitkan nilai RM57.4 bilion, iaitu meningkat sebanyak 18.8 peratus berbanding RM48.4 bilion dicatatkan bagi tempoh masa yang sama pada tahun 2014, Terdapat pelbagai jenis pelaburan di negara kita. Sesetengah daripadanya berisiko tinggi manakala terdapat pelaburan yang berisiko rendah. Nasib pelabur boleh dikaitkan dengan peribahasa untung sabut timbul untung batu tenggelam kerana mereka boleh memperoleh keuntungan atau kerugian pada bila-bila masa sahaja. Persoalannya, apakah jenis-jenis pelaburan yang berisiko rendah? Bagaimanakah pula cara untuk mengurangkan kerugian yang diperoleh daripada pelaburan? Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pelaburan yang patut disertai oleh masyarakat.
Jenis pelaburan utama yang patut disertai oleh masyarakat ialah amanah saham. Hal ini demikian kerana pelaburan amanah saham merupakan sejenis skim pelaburan jangka sederhana dan panjang yang dikendalikan oleh pengurus-pengurus dana berpengalaman dengan melaburkan wang dalam syarikat-syarikat yang dikenal pasti boleh berkembang. Pelaburan berisiko rendah ini termasuklah Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah (Unit Trust), Amanah Saham Nasional dan Sijil Simpanan Premium (BSN). Tamsilnya, Amanah Saham Bumiputera memberi pulangan kadar dividen sebanyak 7% hingga 10% tanpa mengenakan caj-caj tambahan semasa memulakan pelaburan. Kesannya, pelabur boleh menjana keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan wang di bank. Sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan wang tunai, pemegang unit boleh menjual balik saham atau menebus unit saham pada bila-bila masa sahaja. Hal ini dapat mengelakkan diri kita menjadi seperti cacing kepanasan semasa memerlukan wang yang dilabur apabila berlaku kecemasan. Justifikasinya, izharlah bahawa masyarakat patut melabur dalam amanah saham.

Selain itu, jenis pelaburan lain yang patut disertai oleh masyarakat ialah pelaburan pendidikan. Hal ini disebabkan pelabuhan tersebut meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya dan pendapatan yang lebih baik. Pelabuhan jangka masa panjang ini boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan di institusi pengajian tinggi yang sangat mahal. Misalnya, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan Pelan Pendidikan BSN Prudential merupakan antara pelabuhan pendidikan di negara kita. SSPN menawarkan keistimewaan pelepasan taksiran cukai sehingga RM6000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa. Dengan itu, masyarakat boleh mengurangkan pembayaran cukai dan menjimatkan kos untuk tujuan pendidikan peringkat tinggi pada masa hadapan. Senario yang persis dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kerana kos pengajian tinggi yang ingin dipelajari boleh dicapai dengan pelaburan setiap tahun seperti sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tegasnya, jelaslah bahawa pelaburan pendidikan merupakan pelaburan yang patut disertai oleh masyarakat.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa masyarakat patut melabur dalam pelaburan kesihatan. Hal ini demikian kerana kos rawatan di hospital semakin meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh, kos rawatan barah telah mencecah sebanyak RM300 000. Pelaburan kesihatan seperti Insurans Kesihatan, Insurans Hayat dan Insurans Kewangan meringankan beban kewangan pesakit dengan menanggung sebahagian atau sepenuhnya daripada bil rawatan menggunakan premium yang dibayar. Ahli keluarga pesakit yang mempunyai Insurans Hayat turut dapat menerima sejumlah wang sekiranya individu tersebut meninggal dunia akibat penyakit-penyakit tertentu yang telah ditetapkan. Tindakan membeli insurans kesihatan seiring dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan kerana malang tidak berbau. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat patut menyertai pelabuhan kesihatan di negara kita.
Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa jenis-jenis pelaburan yang patut disertai oleh masyarakat ialah Amanah Saham, pelaburan pendidikan dan pelaburan kesihatan. Pelaburan ini bukan sahaja berisiko rendah tetapi juga mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat. Melalui pendidikan, masyarakat dapat menangguhkan penggunaan wang yang diperoleh untuk kegunaan masa hadapan. Wang yang dilabur sebenarnya menjadi penggerak kepada kemajuan ekonomi negara. Oleh itu, masyarakat digalakkan melabur untuk kepentingan diri dan juga negara.

Sertai Kursus Intensif Karangan A+ SPM (Atas Talian) yang percuma melalui laman web ini sekarang.
Had untuk rujukan diri sahaja. Sebarang perbuatan menyalin sama ada sebahagian atau keseluruhan karangan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan e-mel melalui pautan di bawah.
This website uses marketing and tracking technologies. Opting out of this will opt you out of all cookies, except for those needed to run the website. Note that some products may not work as well without tracking cookies.
Opt Out of CookiesPenggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat yang tersenarai.